2018 · Book · Koleksi Perpustakaan
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi, wahai orang-orang beriman, panjatkanlah shalawat dan salam pada Nabi. (QS. Al-Ahzab [33]: 56) Tak satu pun perintah Allah kepada hambanya yang dikerjakan oleh Allah, kecuali shalawat. Hal ini menunjukkan betapa Allah mencintai Nabi Saw. dan betapa agung kedudukan beliau. Maka,pastilah orang yang mencintainya akan menjadi kecintaan-Nya. Untuk mencintai, kita mesti mengenal sosok beliau. Dan salah satu indikator seseorang mencintai adalah sering menyebut nama yang dicintainya.ÿ Bershalawat, selain mendapatkan rahmat Allah, juga menjadikan seseorang semakin cinta kepada Nabi. Dan, "Seseorang akan dibangkitkan kelak bersama orang yang dicintai," begitu sabda Nabi Saw. Selain itu, ternyata shalawat akan mendatangkan keuntungan-keuntungan lainnya. Temukan dalam buku ini. [Mizan, Nourabooks, Shalawat, Nabi, Ibadah, Indonesia]
2018 · Book · Koleksi Perpustakaan
2018 · Book · Koleksi Perpustakaan
Influence of local culture in Islam of Sasak ethnic group in Lombok, Indonesia.
2018 · Book · Koleksi Perpustakaan
2018 · Book · Koleksi Perpustakaan
Historical development of Islamic parties and their movements and rivalries during the 1999 and 2004 general elections in Indonesia.
2018 · Book · Koleksi Perpustakaan
2017 · Book · Koleksi Perpustakaan
2017 · Book · Koleksi Perpustakaan
2017 · Book · Koleksi Perpustakaan
2017 · Book · Koleksi Perpustakaan
Buku ini mengemukakan satu gagasan pembangunan mapan masyarakat Orang Asli yang berasaskan kajian perintis terhadap komuniti Orang Asli Temiar, yang tinggal di Rancangan Pengumpulan Semula Legap dan Pos Kuala Mu, Perak. Penjelasan tentang gagasan pembangunan mapan mencakupi konsep pembangunan mapan dan komuniti mapan, kerangka penunjuk, profil dan kedudukan komuniti mapan, kerangka penunjuk, profil dan kedudukan komuniti Orang Asli, contoh aplikasi penunjuk pembangunan mapan dalam menilai tahap kemapanan komuniti orang Asli yang dikaji, dan cadangan strategi pembangunan yang mengambil kira kemajuan secara menyeluruh dari aspek ekonomi, sosiobudaya, dan fizikal atau ekologi. Pembangunan mapan yang dirancangkan demi manfaat masyarakat Orang Asli adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam melaksanakan Program Tindakan Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai Agenda 21. Agenda 21 ialah deklarasi bersama masyarakat dunia dalam Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro, Brazil pada 13 Jun 1992. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam merancang pembangunan komuniti orang peribumi, terutama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), ahli akademik, pelajar yang mengikuti pengajian sains kemasyarakatan, dan pembaca umum yang berminat terhadap bidang ini.
2016 · Book · Koleksi Perpustakaan
2016 · Book · Koleksi Perpustakaan
Sekiranya kita sebagai guru, warden asrama, dan trainer pembelajaran, antara perkara yang sering kita dengar tentang rungutan pelajar-pelajar adalah berkenaan stres belajar. Timbul persoalan, mengapa mereka stres belajar? Adakah kerana sukarnya pelajaran yang mereka pelajari ataupun stres kerana bimbangkan peperiksaan yang akan tiba? Mungkin juga mereka stres kerana masalah peribadi? Contohnya, pemikiran tidak rasional, masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan guru-guru serta banyak lagi. Betapa dahsyat cabaran yang dilalui oleh pelajar pada hari ini. Bertitik tolak daripada sini, saya terpanggil bagi menulis buku ini. Skop perbincangan buku ini lebih tertumpu kepada bagaimana kita dapat melatih minda menukar persepsi ‘Saya ada masalah’ kepada ‘Saya ada cabaran’ dan menukar kepercayaan negatif terhadap stres kepada kepercayaan positif. Sekaligus, kita akan berasa tenang walaupun stres.